Ouvir o texto...

terça-feira, 19 de maio de 2015

Muzium Negara Sepintas Lalu - National Museum Glance

Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara. Pembinaannya yang mewakili identiti nasional merupakan kemuncak kepada sejarah pembinaan muzium-muzium terawal di negara ini seperti Muzium Taiping, Perak (1883), 



Muzium Sarawak (1888) dan Muzium Selangor (1889). Didirikan di atas tapak Muzium Selangor yang musnah pada Mac 1945 akibat Perang Dunia ke 2, idea pembinaannya telah dirancang pada 1957 selepas kemerdekaan negara ini dan diumumkan pembinaannya pada 1959. Melalui inspirasi yang berlatarbelakang identiti negara, rekabentuk yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah membolehkan pembinaannya menjadi realiti pada 1961. 


Akhirnya bangunan Muzium Negara berdiri megah dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-III pada 31 Ogos 1963, iaitu enam tahun selepas kemerdekaan negara ini.


Muzium Negara



Muzium Negara




Muzium Negara, sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai gedung khazanah sejarah negara. Kini Muzium Negara yang baru selesai dinaiktaraf pada tahun 2008, tampil lebih menarik dan interaktif dalam membawa pengunjung menerokai sejarah Malaysia bermula dari era prasejarah hingga ke Malaysia kini. 

Muzium Negara diketuai seorang Pengarah dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.

Objektif

Objektif Muzium Negara adalah seperti berikut:
Menjalankan penyelidikan terhadap bahan dan artifak yang mempunyai kepentingan kepada sejarah negara;
Menjalankan aktiviti permuziuman seperti menyelidik, mengumpul, merekod dan menerbitkan segala khazanah warisan sejarah negara;
Mempamerkan dan memanfaatkan bahan artifak warisan sejarah negara bagi tujuan pendidikan masyarakat ke arah pembinaan jati diri dan pembangunan bangsa, dan;
Menjadikannya sebagai salah satu produk pelancongan negara.

Alamat Pejabat

Muzium Negara
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara 
50566, Kuala Lumpur.
Emel - prmuziumnegara@jmm.gov.my

Telefon: (+603) 2267 1111 / (+603) 2267 1000 - Talian Umum
Faks: (+603) 2267 1011
Masa berhubung: 8.00 pagi - 6.00 petang setiap hari



fonte: @edisonmarioatti #edisonmariotti
http://www.muziumnegara.gov.my/main/?c=Muzium_Negara_16&parent=Mengenai_Kami_2





Nenhum comentário:

Postar um comentário